Saturday 26 February 2011

PENGERTIAN MASJID
Perkataan ‘masjid’ sudah diketahui umum secara jelas maksudnya, akan tetapi apabila dirujuk dari beberapa kamus,terdapat pelbagai definasi masjid yang dapat diketahui. Sebagai contoh, Kamus Dewan mentakrifkan masjid sebagai “bangunan khas tempat orang Islam beribadat.” Salah satu kemusykilannya, definisi ini boleh diaplikasikan kepada sebuah kedai yang dikhaskan untuk perniagaan dengan niat beribadat kerana dalam Islam perniagaan juga termasuk amal ibadat. Jadi kedai boleh dianggap masjid kerana ia merupakan bangunan khas tempat peniaga Muslim beribadat dalam bentuk perniagaan. Sebaliknya, dalam sebuah kamus berbahasa Arab, Masjid didefinisikan sebagai “ مكان يصلى فيه الناس جماعة ” atau “satu tempat di mana orang-orang melaksanakan sembahyang berjemaah.” Ini bermakna secara harfiyyah masjid adalah satu tempat untuk sembahyang berjemaah saja dan ia hanya digunakan untuk sembahyang. Di dalam kamus berbahasa Inggeris, masjid ditakrif sebagai ‘ Islamic place of worship’. Definisi ini lebih kurang menyerupai definisi versi bahasa Melayu walaupun ia lebih luas lagi kerana bukan hanya ‘bangunan khas’ akan tetapi ‘tempat’, ‘place’ yang bersifat Islam .Definasi dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 (selepas ini dipanggil Akta) iaitu: “Sebuah
bangunan yang didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatan-perkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam, dan termasuk sebuah surau.
Daripada tafsiran undang-undang di atas, maksud istilah ‘masjid’ adalah:
i. Berupa sebuah bangunan;
ii. Bangunan tersebut didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatanperkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam;
iii. Surau dan balai ibadat. Di dalam al-Qur’an, ‘masjid’ adalah tempat untuk melaksanakan:
• Tempat ibadat (sembahyang, zikir);
• Tempat konsultasi dan komunikasi (masalah ekonomi dan sosio-budaya);
• Tempat pendidikan;
• Tempat kebajikan masyarakat;
• Tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatnya;
• Tempat pengubatan para korban perang;
• Tempat perdamaian dan pengadilan sengketa;

No comments:

Post a Comment