Saturday 26 February 2011

TAJUK:
PERANAN DAN FUNGSI MASJID AL-AMIN SIMPANG TIGA,NIBONG TEBAL.

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ASIKIN BINTI MOHD SHOKRI
NO MATRIK:2010478584
KUMPULAN:ASD2Fn

PROGRAM:
DIPLOMA SAINS

TARIKH HANTAR:
28 FEBUARY 2011
ISI KANDUNGAN
• ABSTRAK
• PENDAHULUAN
• PENGERTIAN MASJID
• SEJARAH PENUBUHAN MASJID PADA ZAMAN RASULLAH
• SENI BINA MASJID
• SEJARAH PENUBUHAN MASJID
• HURAIAN MASJID AL-AMIN SIMPANG TIGA
• MASALAH DAN PENYELESAIAN
• PENUTUP
• RUJUKAN
ABSTRAK
Masjid merupakan sebuah tempat ibadah yang suci yang juga merupakan mercu tanda yang amat ketara bagi umat islam dalam sesebuah penempatan islam di dunia.Definasi masjid membawa pelbagai takrifan pada masyarakat dewasa ini. Masjid dalam sebuah kamus arab mendefinasikannya sebagai satu tempat dimana orang-orang melaksanakan sembahyang berjemaah.Ini bermakna secara harfiyyah masjid adalah satu tempat untuk sembahyang berjemaah dan ia hanya digunakan untuk bersembahyang sahaja,tidak untuk lain aktiviti. . Di dalam kamus berbahasa Inggeris,masjid ditakrifkan sebagai ‘Islamic place of worship’. Takrifan ini membawa maksud ‘bangunan khas’ akan tetapi ‘tempat’, ’place’ yang bersifat islam. Terdapat banyak lagi takrifan masjid yang akan dikupaskan dalam blog penulisan ini. Pembinaan masjid pada zaman Rasulullah adalah merupakan salah satu langkah Rasullah dalam membangunkan masyarakat madani di Madinah. Peranan masjid pada zaman Rasullah merupakan pusat pengembangan masyarakat dimana setiap hari masyarakat berjumpa dan mendengar arahan-arahan dari rasul tentang pelbagai perkara yang berkenaan tentang hukum-hakam agama dan juga masalah dalam kehidupan seharian. Masjid juga membawa peranan yang besar dalam masyarakat islam hari ini. Antara peranan masjid adalah merupakan pusat ibadah umat islam di sesebuah kariah,pusat masyarakat, pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan, pusat ekonomi, pusat politik, dan pusat seni. Konklusinya, fungsi dan peranan masjid dikalangan masyarakat islam memberi banyak faedah dan sekaligus dapat mengimarahkan masjid di sesebuah kariah. Walaupun pada hakikatnya pada zaman sekarang peranan dan fungsi masjid sukar sekali untuk disulitkan kewujudannya berbanding pada zaman keemasan islam. Masyarakat islam dewasa ini perlu mempunyai kesedaran tentang kewujudan dan kepentingan masjid di kariah mereka dan berusaha untuk mengimarahkannya yang juga merupakan tuntutan fardu kifayah kepada kita di sesebuh kariah tersebut.
PENDAHULUAN
Alhamdullilah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan blog ini mengikut garis masa yang telah ditetapkan serta junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan juga para sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang dimuliakan Allah.
Tujuan penulisan ini dihasilkan adalah untuk mendedahkan kepada masyrakat islam tentang fungsi dan peranan masjid dikalangan masyarakat dewasa ini dan juga pada zaman Rasullah dahulu dan sekaligus memperkenalkan masjid di kariah saya,Masjid Simpang Al-amin, Simpang Tiga. Aspek yang ingin saya kupaskan dalam penulisan saya ialah berkenaan dengan sejarah penubuhan masjid, seni bina sesebuah masjid,aktiviti yang dijalankan oleh Masjid Simpang Al-amin,masalah yang sering berlaku dan penyelesaiaan yang diambil oleh pihak masjid untuk setiap masalah yang berlaku.
Dengan terhasilnya blog penulisan ini, harapan saya kepada masyarakat di luar sana menyedari kewujudan dan kepentingan masjid dalam kariah anda dan berusaha untuk mengimarahkannya. Sekaligus dapat juga memberi gambaran kepada masyarakat tentang kewujudan dan keistimewaan masjid Simpang Tiga serta keunikan senibinanya yang telah dijalankan dalam usaha untuk memperkenalkan Masjid Al-amin,Simpang Tiga di mata masyarakat Malaysia.
PENGERTIAN MASJID
Perkataan ‘masjid’ sudah diketahui umum secara jelas maksudnya, akan tetapi apabila dirujuk dari beberapa kamus,terdapat pelbagai definasi masjid yang dapat diketahui. Sebagai contoh, Kamus Dewan mentakrifkan masjid sebagai “bangunan khas tempat orang Islam beribadat.” Salah satu kemusykilannya, definisi ini boleh diaplikasikan kepada sebuah kedai yang dikhaskan untuk perniagaan dengan niat beribadat kerana dalam Islam perniagaan juga termasuk amal ibadat. Jadi kedai boleh dianggap masjid kerana ia merupakan bangunan khas tempat peniaga Muslim beribadat dalam bentuk perniagaan. Sebaliknya, dalam sebuah kamus berbahasa Arab, Masjid didefinisikan sebagai “ مكان يصلى فيه الناس جماعة ” atau “satu tempat di mana orang-orang melaksanakan sembahyang berjemaah.” Ini bermakna secara harfiyyah masjid adalah satu tempat untuk sembahyang berjemaah saja dan ia hanya digunakan untuk sembahyang. Di dalam kamus berbahasa Inggeris, masjid ditakrif sebagai ‘ Islamic place of worship’. Definisi ini lebih kurang menyerupai definisi versi bahasa Melayu walaupun ia lebih luas lagi kerana bukan hanya ‘bangunan khas’ akan tetapi ‘tempat’, ‘place’ yang bersifat Islam .Definasi dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77 (selepas ini dipanggil Akta) iaitu: “Sebuah
bangunan yang didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatan-perkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam, dan termasuk sebuah surau.
Daripada tafsiran undang-undang di atas, maksud istilah ‘masjid’ adalah:
i. Berupa sebuah bangunan;
ii. Bangunan tersebut didirikan atau digunakan bagi maksud mengadakan sembahyang, perkhidmatanperkhidmatan dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan agama Islam;
iii. Surau dan balai ibadat. Di dalam al-Qur’an, ‘masjid’ adalah tempat untuk melaksanakan:
• Tempat ibadat (sembahyang, zikir);
• Tempat konsultasi dan komunikasi (masalah ekonomi dan sosio-budaya);
• Tempat pendidikan;
• Tempat kebajikan masyarakat;
• Tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatnya;
• Tempat pengubatan para korban perang;
• Tempat perdamaian dan pengadilan sengketa;
SEJARAH PENUBUHAN MASJID PADA ZAMAN RASULLAH

Pada sejarah Nabi, ada tujuh langkah strategi yang dilakukan oleh Rasul dalam membangun masyarakat Madani di Madinah.
(1) mendirikan Masjid
(2) mengikat persaudaraan antara muslim
(3) Mengikat perjanjian dengan masyarakat non Muslim,
(4) Membangun sistem politik (syura)
(5) meletakkan sistem dasar ekonomi
(6) membangun keteladanan pada elit masyarakat
(7) menjadikan ajaran Islam sebagai sistem nilai dalam masyarakat.


Ketika Nabi memilih membangun masjid sebagai langkah pertama
membangun masyarakat madani, konsep masjid bukan hanya sebagai
tempat solat, atau tempat berkumpulnya kelompok masyarakat (kabilah)
tertentu, tetapi masjid sebagai majlis untuk mengendalikan seluruh masyarakat
(Pusat Pengendalian Masyarakat).
Secara konsepsional masjid juga disebut sebagai Rumah Allah
(Baitullah) atau rumah masyarakat (bait al jami`).
Secara konsepsional dapat dilihat dalam sejarah masjid pada
zaman Rasul memiliki banyak fungsi :
1. Sebagai tempat menjalankan ibadah solat
2. Sebagai tempat musyawarah (seperti gedung parlimen)
3. Sebagai tempat pengaduan masyarakat dalam menuntut keadilan
4. Secara tak langsung sebagai tempat pertemuan perniagaan.
Yang lebih strategi lagi, pada zaman Rasul, masjid adalah pusat
pengembangan masyarakat dimana setiap hari masyarakat berjumpa dan
mendengar arahan-arahan dari Rasul tentang berbagai hal; prinsip-
prinsip agamaan, tentang sistem masyarakat baru, juga ayat-ayat
Qur'an yang baru turun. Azan yang dikumandangkan lima
kali sehari sangat efektif mempertemukan masyarakat dalam membangun
kebersamaan ummah.

Bersamaan dengan perkembangan zaman, terjadi kemajuan dimana
bisnes dan urusan duniawi lebih dominan dalam pikiran dibanding
ibadah meski di dalam masjid, dan hal ini memberikan inspirasi
kepada Umar bin khattab untuk membangun kemudahan di berdekatan masjid,
dimana masjid lebih diutamakan untuk hal-hal yang jelas makna
ukhrawinya, sementara untuk membincangkan tentang hal-hal yang lebih
kepada duniawi, Umar membuat ruang khusus di samping masjid.
Itulah asal usulnya sehinga pada masa sejarah Islam klasik (hingga sekarang)
kedudukan pasar dengan sekolah berdekatan masjid.
SENI BINA MASJID
Masjid adalah seni bina yang amat sinonim dengan masyarakat Islam. Ia merupakan mercu tanda yang amat ketara di sesebuah penempatan Islam.
Perkataan masjid juga mempunyai persamaan maksud bagi perkataan Sepanyol iaitu mezquita. Perkataan ini diadaptasi dari Sepanyol yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umayyah dan wilayah Islam pertama yang terletak di Eropah. Masjid juga dikenali dengan pelbagai nama di Eropah, seperti mosque (Perancis), moschee (German), moschea (Itali).
Di dalam sejarah Islam, seni bina masjid bermula dengan struktur seni bina yang amat ringkas. Walaupun Rasulullah SAW berasal dari Mekah dan memulakan seruan Islam di sana tetapi masjid pertama yang didirikan oleh baginda adalah ketika peristiwa hijrah.
Ada yang menyatakan Masjid Quba sebagai masjid yang pertama yang didirikan oleh baginda dan Saydina Abu Bakar r.a. Namun, ada penyelidik yang memilih Masjid Nabi atau Masjidil Nabawi di Madinah sebagai masjid yang pertama kerana ia mempunyai peranan dan fungsi yang lebih besar dalam penubuhan pemerintahan Islam yang pertama.
Ia berperanan sebagai tempat untuk bersembahyang, tempat untuk belajar mengenai Islam dari Rasulullah SAW, tempat bermesyuarat mengenai hal ehwal keselamatan, sosial dan ekonomi Madinah ketika itu.
Seni bina Masjid Nabawi ketika itu digambarkan seperti sebuah dewan luas yang tidak tinggi dan mempunyai ruang yang dibahagikan oleh sembilan baris tiang tiap satunya dan mempunyai arah kiblat yang menunjukkan arah Mekah.
Kesederhanaan seni bina Islam ini berlangsung sehingga Dinasti Umayyah di bawah pemerintahan Khalifah al-Malik dan puteranya al-Walid I.44
Sewaktu kerja-kerja pengubahsuaian Masjid Nabawi dijalankan, baginda telah membesarkan saiz dewan sembahyang dan ditambah dengan tiang-tiang dari wilayah luar berserta hiasan.
Sewaktu Dinasti Abbasiyah pula, Ibnu Abbas r.a. menggunakan seni bina sebagai satu alat propaganda dalam menunjukkan kehebatan dan kekuatan kerajaan Islam ketika itu.
Selari dengan perkembangan Islam keluar dari Semenanjung Tanah Arab, seni bina masjid juga turut berkembang dalam pelbagai gaya dan bentuk seni bina.
Dari Barat sehingga ke Timur berbagai-bagai rekaan seni bina masjid didirikan bagi membolehkan umat Islam berkumpul dan beribadat.
Secara amnya seni bina masjid sering dikaitkan dengan kubah berbentuk bulat dan menara tetapi tidak semua masjid di wilayah Islam mempunyai kedua-dua ciri ini. Contoh yang terdekat adalah masjid tradisional Dunia Melayu.
Seni bina masjid Dunia Melayu sebelum abad ke 19 tidak mempunyai kubah. Masjid Dunia Melayu kebanyakannya mempunyai atap tumpang yang bertingkat.
Di China pula, masjid mempunyai seni bina yang hampir sama dengan seni bina kediaman masyarakat tempatan tanpa kubah dan dihiasi dengan hiasan masyarakat tempatan seperti kaligrafi, motif awan larat, dan bunga teratai.
Persamaan yang ada dalam seni bina masjid yang didirikan dari Barat hingga ke Timur dan dari dahulu sehingga sekarang ialah dewan sembahyang yang luas bagi memuatkan jumlah jemaah yang ramai, mihrab (tanda yang menunjukkan arah kiblat) dan tempat untuk mengambil air sembahyang.
Setiap masjid juga mempunyai mimbar bagi para khatib membaca khutbah sewaktu sembahyang Jumaat dan sembahyang Aidiladha dan Aidilfitri. Rekaan mimbar adalah pelbagai dan menarik bagi setiap wilayah Islam.
Di galeri seni bina Muzium kesenian Islam Malaysia terdapat pelbagai contoh masjid dari Timur Tengah, Asia Tengah, China dan Asia Tenggara.
Pameran di galeri ini dimulakan dengan dua buah model masjid yang mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Kepelbagaian bahan binaan, rekaan dan keindahan sentuhan artistik masyarakat Islam tempatan dapat dilihat dengan jelas pada setiap model seni bina yang dipamerkan.
SEJARAH PENUBUHAN
Masjid Al-Amin Simpang Tiga, Nibong Tebal ditubuhkan semasa pemerintahan Tun Ghaffar Baba selaku timbalan Timbalan Perdana Menteri sewaktu itu. Pada mulanya masjid ini hanya beralaskan papan dan kayu yang hanya mampu memuatkan 40 orang jemaah sahaja dalam satu waktu. Masjid ini juga terletak dilaluan utama, antara Kuala Lumpur ke Alor Star yang menjadi tempat persinggahan para musafir untuk menunaikan solat. Disebabkan masjid tersebut tidak mampu menampung jemaah yang ramai,pengerusi masjid ketika itu,Hj Yusoff Bin Haji Ismail telah mengambil alternatif pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Tun Ghaffar Baba untuk menyelesaikan masalah ini .Permohonan untuk membesarkan masjid telah diluluskan.Beliau telah memberikan sumbangan individu untuk membesarkan masjid.
Peranan /Fungsi Masjid Dalam Pembentukan Negara Islam





Pusat Ibadat Masjid menjadi tempat tumpuan umat Islam utk mengerjakan ibadat fardu & sunat
Spt : solat berjemaah,solat Jumaat,baca Al-Quran



Pusat masyarakat Masjid menjadi tempat umat Islam berhimpun utk merancang & melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Spt : menyelesaikan masalah rumahtangga, perhimpunan


Pusat pendidikan& ilmu pengetahuan Masjid digunakan sebagai tpt memberi & menerima ilmu pengetahuan dunia & akhirat.
Cth :Raulullah menggunakan masjid utk
mendidik & menyampaikan ilmu
pengetahuan kpd umatnya.


Pusat ekonomi Masjid dijadikan sebagai tempat pengurusan & pentadbiran ekomoni
Spt : zakat,harta wakaf, jiziah(cukai)





Pusat politik
Masjid dijadikan tempat bermesyuarat tentang hal-hal
berkaitan masyarakat & negara.
Spt : merancang strategi & taktik peperangan,
Tempat pertemuan diplomatik& deligasi
dari negara Islam & bukan Islam



Pusat seni Masjid menjadi tempat kegiatan kesenian
Spt : tpt memperdengarkan bacaan Al Quran
& Qasidah, membaca syair.
AKTIVITI MASJID AL-AMIN SIMPANG TIGA
Masjid Al-Amin Simpang Tiga merupakan masjid yang dikenali oleh penduduk seberang Prai disebabkan oleh kebersihan masjid yang dijaga rapi oleh Jawatankuasannya dan mampu memuatkan jemaah yang ramai.Pelbagai proram telah dijalankan oleh pihak masjid bagi menarik lebih ramai orang lagi teruatamanya untuk golongan belia. Aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid telah membawa kepada banyak keuntugan untuk disalurkan kepada tabung masjid. Antara aktiviti yang dijalankan bacaan yassin pada setiap malam jumaat,qiamulail, kelas pengajian Tajwid,ceramah Maulidur Rasul,kutipan jumaat dan khidmat menggali kubur,gotong royong. Bacaan yassin pada setiap malam jumaat adalah rutin wajib yang akan dilakukan oleh pihak masjid.
Pihak masjid telah mengambil insiatif untuk menambah tabung masjid dengan mengadakan Kelas Pengajian Tajwid bagi semua golongan tiga kali seminggu.Bayaran telah dikenakan sebanyak RM100 setiap bulan pada setiap orang yang telah dikendalikan oleh Imam masjid itu sendiri. Setengah pada duit tersebut akan disalurkan kepada tabung masjid. Sekaligus dengan aktiviti ini dapat menambah kewangan masjid untuk melakukan pelbagai aktiviti lagi.
Kawasan perkuburan di Masjid Al-Amin simpang Tiga terkenal di kariah tersebut kerana kebersihannya. Pihak masjid telah mengambil insiatif dengan melantik 2 orang ahli jawatan kuasa untuk menjaga kawasan perkuburan disitu yang juga merangkap Siak disitu. Bayaran perkhidmatan telah dikenakan kepada penduduk setempat sebanyak RM100 manakala kepada penduduk luar sebanyak RM 300 termasuk dalam harga tapak perkuburan. Wang tersebut telah disalurkan kepada tabung masjid dan perkhidmatan menggali kubur dan upah membersihkan kawasan kubur tersebut.
Pada setiap hari raya korban, pihak masjid telah membuat penyembelihan sebanyak 9-11 ekor setiap tahun mengikut jumlah permintaan penduduk untuk korban pada tahun tersebut. Pihak masjid juga membuat kenduri secara bergotong royong bagi meraikan Hari Raya Korban. Tenaga belia dikawasan tersebut diperlukan untuk aktiviti seumpama ini sekaligus dapat menarik mereka untuk berjemaah dimasjid.
Kutipan masjid pada setiap hari jumaat begitu mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat. Purata kutipan tabung masjid pada setiap hari jumaat sebanyak RM 500- RM 600 sekaligus dapat menambah kewangan masjid.

Tuntutan Memakmurkan Masjid
Islam menuntut umatnya memakmurkan masjid. Tuntutan tersebut
jelas dalam Surah at-Taubah: ayat 18.:

Maksud ayat:
' Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah. Ialah
orang yang beriman kepada Allah & hari kemudian serta tetap
mendirikan solat, zakat & tidak takut (kpd sesiapa pun) selain
Allah Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk ke
dalam gol orang-orang yg mendapat petunjuk'
MASALAH DAN PENYELESAIANNYA
1)MASALAH:
Pihak masjid telah mengalami masalah speaker yang selalu rosak.Kerosakan speaker yang dialami menyebabkan penduduk dikariah tersebut tidak mendengar laungan azan pada setiap waktu solat.Hal ini kerana,kedudukan speaker yang terdedah kepada panas dan hujan.
PENYELESAIANNYA:
Pihak masjid telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan membina bumbung kecil di setiap speaker yang dipasang oleh pihak masjid. Masalah speaker rosak yang sering dialami oleh pihak masjid dapat diselesaikan dan juga dapat menarik ramai jemaah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

2)MASALAH
Tempat wudhuk wanita pada dahulunya terdedah kepada umum menyebabkan para jemaah wanita mengalami kesukaran untuk mengambil wudhuk di kawasan yang terdedah kepada pandangan umum.
PENYELESAINNYA:
Justeru, pihak masjid telah mengambil alternatif dengan membina penghadang(dinding) di tempat mengambil wudhuk wanita untuk kemudahan para jemaah wanita. Masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak masjid dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan para jemaah.


3)MASALAH
Tandas di masjid juga selalu mengalami masalah tersumbat dan tidak bersih yang menyebabkan para jemaah tidak selesa dengan keadaan tersebut. Hal ini juga boleh membawa imej yang tidak baik kepada masjid
PENYELESAIANNYA:
Oleh yang demikian, pihak masjid telah mengambil jalan penyelesaiaan secara bijak dengan mengupah beberapa orang belia di kawasan tersebut untuk membersihkan tandas dan memastikan kebersihan di tandas itu sentiasa terjaga. Upah yang di berikan adalah hasil daripada kutipan tabung masjid yang didermakan oleh para jemaah untuk keselesaan jemaah sendiri.

4)MASALAH
Kesukaran para khatib untuk memberikan khutbah ketika khutbah jumaat di mana para khatib perlu memegang bahan khutbah tersebut. Masalah ini menyebabkan para khatib mengalami ketidak selesaan semasa memberi khutbah.
PENYELESAIANNYA:
Masalah ini dapat diselesaikan apabila terdapat seorang hamba Allah telah mewakafkan wangnya untuk meletakkan sebuah meja untuk kemudahan para khatib untuk memberi khutbah. Berikutan itu masalah tersebut dapat diselesaikan dengan ihsan para jemaah demi memastikan keselesaan pemberi khutbah itu sendiri
PENUTUP
Konklusinya bahawa kewujudan masjid dewasa ini dapat mengeratkan silaturrahim antara para jemaah di sesebuah kariah dan juga dapat berkongsi segala kekeliruan berkaitan dengan hukum-hakam dalam islam.

Peranan masjid pada zaman rasullah berbeza dengan zaman sekarang. Pada zaman rasullah masjid merupakan rumah kedua mereka dimana tempat mereka selalu membincangkan masalah berkaitan dengan ummat dan menjadi tempat persinggahan para pedagang. Tetapi malangnya kini peranan masjid dipandang sepi oleh umat islam zaman sekarang dan masjid hanya menjadi lambang kemegahan sahaja tanpa mengimarahkannya dengan solat berjemaah.

Umat islam dewasa ini haruslah mengambil insiatif untuk memakmurkan masjid dengan melaksanakan solat berjemaah lima waktu,merancang majlis ilmu,melakukan aktiviti gotong royong dan menyediakan tempat istirehat untuk para musafir. Kita haruslah mengembalikan kembali zaman kegemilangan masjid pada zaman Rasullah bagi menyatukan kembali ummah yang semakin terpesong akidahnya.
RUJUKAN
• http://mubarok-institute.blogspot.com
• Imam Masjid Simpang Tiga,Tuan Haji zakaria Manan
• Ahli Jawatankuasa Masjid Simpang Tiga
• Kamus Dewan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989), ms. 805
• Al-Qur’an al-Karim.