Saturday 26 February 2011

ABSTRAK
Masjid merupakan sebuah tempat ibadah yang suci yang juga merupakan mercu tanda yang amat ketara bagi umat islam dalam sesebuah penempatan islam di dunia.Definasi masjid membawa pelbagai takrifan pada masyarakat dewasa ini. Masjid dalam sebuah kamus arab mendefinasikannya sebagai satu tempat dimana orang-orang melaksanakan sembahyang berjemaah.Ini bermakna secara harfiyyah masjid adalah satu tempat untuk sembahyang berjemaah dan ia hanya digunakan untuk bersembahyang sahaja,tidak untuk lain aktiviti. . Di dalam kamus berbahasa Inggeris,masjid ditakrifkan sebagai ‘Islamic place of worship’. Takrifan ini membawa maksud ‘bangunan khas’ akan tetapi ‘tempat’, ’place’ yang bersifat islam. Terdapat banyak lagi takrifan masjid yang akan dikupaskan dalam blog penulisan ini. Pembinaan masjid pada zaman Rasulullah adalah merupakan salah satu langkah Rasullah dalam membangunkan masyarakat madani di Madinah. Peranan masjid pada zaman Rasullah merupakan pusat pengembangan masyarakat dimana setiap hari masyarakat berjumpa dan mendengar arahan-arahan dari rasul tentang pelbagai perkara yang berkenaan tentang hukum-hakam agama dan juga masalah dalam kehidupan seharian. Masjid juga membawa peranan yang besar dalam masyarakat islam hari ini. Antara peranan masjid adalah merupakan pusat ibadah umat islam di sesebuah kariah,pusat masyarakat, pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan, pusat ekonomi, pusat politik, dan pusat seni. Konklusinya, fungsi dan peranan masjid dikalangan masyarakat islam memberi banyak faedah dan sekaligus dapat mengimarahkan masjid di sesebuah kariah. Walaupun pada hakikatnya pada zaman sekarang peranan dan fungsi masjid sukar sekali untuk disulitkan kewujudannya berbanding pada zaman keemasan islam. Masyarakat islam dewasa ini perlu mempunyai kesedaran tentang kewujudan dan kepentingan masjid di kariah mereka dan berusaha untuk mengimarahkannya yang juga merupakan tuntutan fardu kifayah kepada kita di sesebuh kariah tersebut.

No comments:

Post a Comment